Penaklukan Melaka (1511)

Penaklukan Kota Melaka

Conquista de Malaca ("Penaklukan Melaka", 1511) oleh Ernesto Condeixa (1858–1933). Seniman itu nampaknya tidak biasa dengan Melaka zaman itu, menggambarkannya dengan masjid berkubah (hanya dibina selepas abad ke-19) dan pahlawan seperti askar Turki/India.
Tarikh12 Jamadilakhir 978 H atau 15 Ogos 1511 M[1][2]
Lokasi
Melaka (kini sebahagian dari Malaysia)
2°12′20.49″N 102°15′22.09″E / 2.2056917°N 102.2561361°E / 2.2056917; 102.2561361Koordinat: 2°12′20.49″N 102°15′22.09″E / 2.2056917°N 102.2561361°E / 2.2056917; 102.2561361
Keputusan penaklukan Kota Melaka oleh Portugal
Pihak yang terlibat
Portugal Kesultanan Melaka
Komandan dan pemimpin
Afonso de Albuquerque Mahmud Shah dari Melaka
Kekuatan

1500 tentera Portugis
800 tentera tambahan dari Cina dan India
Sampai dengan 400 senjata mesiu[3]

11 kerakah, 3 karavel, 2 galai[4]

20,000 tentera Melaka[5]
Kurang dari 100 kepingan artileri[catatan 1]

Sekitar 150 buah perahu:
Perahu lancaran dengan jumlah tidak diketahui
20 penjajap
Kerugian dan korban
Tidak diketahui[7] Tidak diketahui
Gerbang Santiago yang masih kekal di Hilir Melaka.

Kota raya Melaka ditawan Alfonso de Albuquerque, Wizurai India Portugis, pada tahun 1511.

Kota tersebut merupakan pusat pemerintahan Kesultanan Melaka yang pada ketika itu menguasai kawasan Selat Melaka yang sempit dan strategik, di mana semua pelayaran perdagangan antara Timur (Kerajaan Ming China) dan Barat (India, Arab, Eropah) tertumpu di kawasan ini.[8] Penaklukan ini dirancang Raja Manuel I penguasa Portugal yang sejak 1505 bersaing dengan Sepanyol dan empayar Kestela taklukannya di Timur Jauh, dan projek Albuquerque sendiri untuk menguatkan penguasaan Portugis yang kukuh di Goa, Pulau Hurmuz dan Adan bertujuan mengawal, menguasai dan menjatuhkan rangkaian perdagangan pedagang Islam di Lautan Hindi.[9]

Selepas berlayar dari Kochi pada April 1511, penjelajahan itu tidak dapat pulang berikutan monsun yang bertentangan. Portugis tidak dapat bantuan dan tidak dapat kembali ke pangkalan India. Ia merupakan penaklukan terjauh dalam sejarah Bani Adam setakat itu.[10]

Peta Portugis dari wilayah Melaka.
  1. ^ Bosworth, Clifford Edmund (2007). Historic cities of the Islamic world. BRILL. m/s. 317. ISBN 978-90-04-15388-2. Dicapai pada 23 August 2011.
  2. ^ van Gent, Robert Harry. "Islamic-Western Calendar Converter". Universiteit Utrecht. Dicapai pada 23 August 2011.
  3. ^ Subrahmanyam & Parker 2008, m/s. 24.
  4. ^ [1] Cartas de Afonso de Albuquerque, Volume 1 p. 65
  5. ^ Diffie & Winius 1977, m/s. 256.
  6. ^ Gibson-Hill 1953, m/s. 146-147.
  7. ^ Diffie & Winius 1977, m/s. 258.
  8. ^ The Cambridge History of the British Empire Arthur Percival Newton p. 11 [2]
  9. ^ João Paulo de Oliveira e Costa, Vítor Luís Gaspar Rodrigues (2012) Campanhas de Afonso de Albuquerque: Conquista de Malaca, 1511 p. 13
  10. ^ João Paulo de Oliveira e Costa, Vítor Luís Gaspar Rodrigues (2012) Campanhas de Afonso de Albuquerque: Conquista de Malaca, 1511 p. 7


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "catatan", tetapi tiada tag <references group="catatan"/> yang berpadanan disertakan


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search